Monday, December 29, 2008 | By: Yusuf Nur

Gambar Kaku Bermaksud Seribu



Gambar ini ehsan KijangMas di:

http://deminegara.blogspot.com/
(hanya untuk yang sayang pada bangsa dan bahasa Melayu)
Thursday, December 25, 2008 | By: Yusuf Nur

Aku Sedang Marah (2)










Cuba melihat ke kanan
tapi mata ke kiri
cuba-cuba mentafsir di hujung jalan
tak sedar
kaki sudah berdarah terpijak batu tajam
setinggi langit dicita, punggung tak berseluar
mencanang bangga bahasa untuk ilmu
memijak kepala sendiri
lupa menjunjung pertiwi

(liuk lentok tipu lidah, dirakam di telinga, jadi kiblat yang membuta)

Dongeng yang penjajah tinggalkan
bukan tunjuk panduan
potret ini dihias dengan warna
yang dilukis oleh sejarah
belajar, berfikir dan berakallah
sebagai manusia, yang berbangsa!

Puisi ini mungkin sudah
tapi juang pasti berjalan
semakin kuat bertempik
menghukum pengkhianat
yang tenggelam jatinya
dalam kolam harta


Beverly Hills,kk 25 disember 08
(puisi in kutulis, untuk kisah yang semakin menggeramkan; PPSMI!)
Sunday, December 21, 2008 | By: Yusuf Nur

Kenapa kenapa?










Kenapa aku dijadikan begini
berliku nafas dan duri
Kenapa aku dizahirkan begini
penuh duka dan uji

Kenapa aku sering derita?
Kenapa aku selalu kalah?
Kenapa aku tak ada kuasa?
Kenapa aku dijadikan lemah?
Kenapa? Kenapa? Kenapa?

Dan kenapa aku bertanya kenapa?
sedang nafasku ini kurnia
mampu berdiri, berjalan dan berlari
mampu bersuara, berteriak, menyanyi dan mengaji
mampu berfikir, berakal dan berhati

Kenapa harus ada kenapa?
meski sudah aku dikurnia nyawa sebagai manusia
kenapa aku tidak belajar bersyukur, sabar dan redha
yang lebih mulia
daripada aku bertanya kenapa dan kenapa?
Wednesday, December 17, 2008 | By: Yusuf Nur

Serabut













Berserabut
dalam panas hujan
demam dan kesejukan
gembira bukan menangis
sumpah manusia ingat-ingat lupa

Dari pangkal ke hujung
dipijak dan disanjung
mana satu menari?
mana satu menyanyi?
mana satu mengaji?
Sunday, November 23, 2008 | By: Yusuf Nur

Pandanglah Langit










Biarkan dunia berbicara
dengan cerita dan kisah-kisah
rakus si pendengki
yang iri hati
kosong pada jiwa, kita balas di sana
pandanglah langit dan jangan lupa tunduk ke bumi
untuk dunia
dan hidup yang selamanya

Biarkan Takdir Bernyanyi

Biarkan Takdir Bernyanyi

Biarkan Aku Tersenyum

Biarkan Aku Tersenyum