Thursday, December 25, 2008 | By: Yusuf Nur

Aku Sedang Marah (2)










Cuba melihat ke kanan
tapi mata ke kiri
cuba-cuba mentafsir di hujung jalan
tak sedar
kaki sudah berdarah terpijak batu tajam
setinggi langit dicita, punggung tak berseluar
mencanang bangga bahasa untuk ilmu
memijak kepala sendiri
lupa menjunjung pertiwi

(liuk lentok tipu lidah, dirakam di telinga, jadi kiblat yang membuta)

Dongeng yang penjajah tinggalkan
bukan tunjuk panduan
potret ini dihias dengan warna
yang dilukis oleh sejarah
belajar, berfikir dan berakallah
sebagai manusia, yang berbangsa!

Puisi ini mungkin sudah
tapi juang pasti berjalan
semakin kuat bertempik
menghukum pengkhianat
yang tenggelam jatinya
dalam kolam harta


Beverly Hills,kk 25 disember 08
(puisi in kutulis, untuk kisah yang semakin menggeramkan; PPSMI!)

3 comments:

Zehann ur Rakhie said...

puas sudah aku mencari....

camner aku nak kontek ko...
takde icon yg aku boleh klik....

melainkan ruang komen aje....

nih!...aku nak link kan blog ko kat blog aku leh?

pasal buku zehann tu pon...aku dah reply kat blog aku...sila2 le jenguk sat...

Sirna

Anonymous said...

ko yg tulis ni sappok?

Yusuf Nur said...

iyala..akula yang tulis kesian..
kalo aku geram ke, gembira ke, apa2 ke..lahirlah sajak2 yang aku tak sengaja nak tulis.hehe

Biarkan Takdir Bernyanyi

Biarkan Takdir Bernyanyi

Biarkan Aku Tersenyum

Biarkan Aku Tersenyum