Wednesday, November 28, 2012 | By: Yusuf Nur

Cerita Anjing Serigala 2

Di dalam ladang
Ada anjing
Menjaga aman
Pada kandang demokrasi


Serigala menjenguk
Dari pinggir hutan
Menjilat liur yang menitis
Di pinggir bibir
Menahan-nahan kerakusan


Bila waktu tiba
Selepas anjing memilih-milih
Ketua anjing masih bertugas
Gerombolan serigala
Berlarian ke ladang
Rakus menerkam
Tiap yang bernafas
Kerana tiada menghalang


Syahidlah mereka yang tak berdosa
Anjing di pinggir tersenyum
Bercerita masih mengawal ladang
Sedang serigala nikmati bahagia
Menjilat sisa darah
Dari tompokan manusia
Yang terbaring tanpa nyawa


Menyalaklah terus serigala
Melihat rembulan
Sedang anak-anak kecil di ladang
Tak henti meratap tangis
Melihat rakus dan bengis
Serigala bergelar Zionis.



Yusuf Nur,
19/11/2012
Aku benci Zionis!!
Monday, September 24, 2012 | By: Yusuf Nur

Bersyukurlah



















SYUKUR

Bersyukurlah dengan apa yang kita ada.
Bukan semua orang dapat merasa yang kita sudah rasa
dan bukan semua orang sudah nikmati yang sudah kita nikmati.
Kenapa perlu melihat gunung emas milik orang jika periuk kita
sudah penuh dengan nasi? Cuba bayangkan mereka yang terpaksa mengutip
butir-butir beras untuk dimasak buat alas mengisi perut.
Cuba fikirkan tentang mereka yang tidak mandi berhari-hari, berminggu-
minggu atau mungkin berbulan kerana air y sedikit sekadar cukup untuk diminum.

Syukurlah dengan setiap yang dikurniakan. Kita tidak akan kehilangan apa-apa dengan bersyukur.
Syukurlah dan insyaAllah rezeki terbuka dan hidupmu akan semakin bahagia.

"Dan (ingatlah) tatkala Rab (Tuhan) kamu memberi peringatan:
“Sesungguhnya jika kamu bersyukur, nescaya ditambahkan (nikmat) kepada kamu,
dan jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku (Allah) sangatlah pedih.”
(Surah Ibrahim: Ayat 7)
Monday, September 17, 2012 | By: Yusuf Nur

Kegagalan Adalah Anugerah

























Anugerah dari kegagalan.

Apabila satu saat kita sampai di titik kegagalan,semua yang indah seakan berhenti.
Kita mula menyalahkan diri sendiri, memarahi nasib dan kadang mempersoalkan takdir.
Tapi pernahkah kita sedar, kegagalan itu sebenarnya adalah anugerah dari satu sudut yang lain.
Lihat dari aspek positif, kegagalan itu sebenarnya menjadikan seseorang lebih berhati-hati dalam tindakan.
Hanya manusia yang malas berfikir yang akan jatuh di tempat yang sama dua kali.
Pendek kata, kegagalan itu adalah anugerah.
Anugerah kepada manusia supaya boleh baiki diri.
Ia bukan noktah, ia cuma titik untuk perenggan baru yang lebih baik.

Jika Michael Jordan berhenti bermain bola keranjang kerana tidak berjaya mewakili sekolah, sudah tentu dunia tidak akan mengenali lagenda tersebut.

Jika Thomas Edison berputus asa selepas lampunya tidak hidup selepas banyak percubaan, mungkin sampai sekarang kita hanya menggunakan pelita di rumah.

Jika adik-beradik Wright berputus asa kerana cercaan orang tentang kapal terbang, mungkin kita akan melancong hanya menggunakan kapal laut hingga sekarang.

Jelasnya, jangan anggap kegagalan itu sebagai penamat. Ia sebenarnya tempat kita berdiri, berjalan dan berlari kembali.

"I have not failed. I've just found 10,000 ways that won't work." ~ Thomas Edison
Friday, September 14, 2012 | By: Yusuf Nur

Senyum












Senyum itu indah..senyumlah kepada dunia dan dunia akan tersenyum kepadamu.
Bila kita tersenyum, hati yang sekeras batu akan menjadi lembut dan luluh, yang tawar jadi penawar, yang pahit jadi manis, hempedu jadi madu.
Percayalah ada sesuatu yang menanti pada manusia yang murah senyuman.
Meski tidak sebahagia orang lain, manusia yang senyum selalu akan mampu membahagiakan dirinya.

Kenapa? kerana dengan senyuman kita sedang memujuk hati sendiri..cubalah berhadapan dengan cermin dan senyumlah pada dirimu.
Bisikkan kata-kata positif untuk dirimu sebelum senyum semanis mungkin dan tunggulah hari-harimu yang bahagia menjelma.

Yusuf Nur.
Motivasi

Biarkan Takdir Bernyanyi

Biarkan Takdir Bernyanyi

Biarkan Aku Tersenyum

Biarkan Aku Tersenyum