Monday, October 20, 2008 | By: Yusuf Nur

Aku Sedang Marah










Sejarah itu bukti
Hati jangan disakiti
Kau dan aku tidak berbeza
Tapi kita tidak pernah sama

Tanah ini milik kita
Bukan bermakna kaulah raja
Mengundang gempita sejuta cerita
Dan dongeng-dongeng tipis
Menconteng, mengikis dan menghakis

Aku rindu saat-saat itu
Kau, aku dan dia berjanji
Tanah ini akan dijaga
Irama berganti
Kau dan dia juga berubah
Memancing keris yang kusisip lama
Dalam sarung setia

Percaya dan yakinlah
Aku pasti marah
Jika tanah ini kau bicara
Jika agama ini kau cerita
Percaya dan yakinlah
Demi menegak pertiwi ini
Sanggup kubayar dengan nyawa
Dan setiap titisan darah!



Bilik Tutorial, Blok C. 20.10.2008

2 comments:

LokmanHakim said...

Salam, Yusuf Nur... pe kbr.. its me Lokman, hehe...

- ada permintaan sikit dari aku, harap dapat dipertimbangkan yer..
- Boleh x, kalau ucop berikan sedikit maksud puisi2 yang di karang tu kat bawah..
- Untuk kita lebih faham dan tau apa maksud tersirat & tersurat karya2 tu...
- Ok, tq... selamat maju jaya...

Yusuf Nur said...

Wslm lokman, minta maaf kerana prmintaan itu sedikit brat.sya sengaja menggalkan puisi n cerita2 ini di sini utk mengukur reaksi pmbaca mengenainya.
namun, jkalau saya berkesempatan, akan d sertakan sedikit komen pada puisi n cerpen mendatang.

Biarkan Takdir Bernyanyi

Biarkan Takdir Bernyanyi

Biarkan Aku Tersenyum

Biarkan Aku Tersenyum