
Aku lapar
kau lapar
dan dia lapar
lantas kita ke meja
untuk isikan perut ini
dengan makanan
Di atas meja
dalam rumahku
kujemput kau dan dia
supaya dapat kenyang sama
meski kau datang sebagai tetamu
dibawa penyewa
yang tidak pernah membayar sewa
dahulu
Makanlah
rendang di meja ini untuk kita
dan bekal kamu
letakkan juga di atas meja
kuih bulan dan roti canai
mari, mari kita makan ramai-ramai
Orang rumahku tidak marah
begitu juga aku
jika kita makan dengan perlahan dan sopan
dan saling membahagikan
rendang, roti canai dan kuih bulan
Dan kita akhirnya kenyang
sehingga kita lupa
meja makan ini mejaku
hingga lalai menjemput
kau dan dia ke bilik tidur
berkasut
Aku rela
kerana kau dan dia
sudah mula curiga
dengan ikhlasku
sebagai tuan rumah
Hiduplah dengan bahagia
kerana aku, kau dan dia
dalam ruang sama
tapi bukalah kasut
kerana ini sudah rumah kita
bukan busut
Dan jagalah
meja tempat kita makan
supaya kita dapat berkongsi
hidup yang singkat ini.
Yusuf Nur, Pena Pustaka Seni, UMS.
5 comments:
aku suka
kau suka
Bah, macam ku faham apa yang kau faham untuk memahamkan yang belum faham.. buleh timbak sudah!!
aku paham apa yang tak faham ni..hahahaha
waaaa..ndak pahamnyaaa...=D
moralnya: jgn jd
Kassang lupakan Kulllit!! kan...kan...?!hehe
Post a Comment