Thursday, February 5, 2009 | By: Yusuf Nur

Pantun Mini Sabah

Dari sikuati nasi dibawa
Buat bekal kawan dan teman
Bersatulah hati bertemulah jiwa
Cinta dikekal ke akhir zaman

Pergi Sandakan ke taman buaya
Puas berjalan singgah bersembang
Orang beriman wajah bercahaya
Bagai rembulan sedang mengambang

Tawau digelar bumi peladang
Tanahnya subur buat bertani
Banyak sabar jangan temberang
Selalu bersyukur bersihlah hati

Dari Ranau jalan berturap
Beli cempedak berjalan kaki
Biar berpanau biar berkurap
Asal tidak berhati dengki


hehehe..
Pusat Sumber Sudirman, SPS, UMS.

3 comments:

Ampuan Awang said...

Salam,
Bagusnya kamurang di ums aa... Abg makin galap di kg... :(

Unknown said...

Sehari dua ini kita bagaikan dipersembahkan sandiwara yang ajaib!

Betullah kata orang "tisak ada yang mustajil dalam politik". Arggg! Saya bukanlah suka menulis
pasal politik tetapi dengan perkembagan sejak akhir-akhir ni menampakkan bahawa politik itu
sebenarnya permainan manusia.

Lompat melompat dalam politik nampaknya sudah menjadi perkara biasa. Tidak timbul langsung
soal maruah dan wibawa. Raut wajah boleh berubah sehari dua. Dipadang sebelah sini, mereka
mengutuk padang disebelah sana. Tetapi apabila masuk semula ke padang sana, mereka tidak
segan silu dan ragu-ragu serta tidak berasa malu, memperlekeh padang sebelah sini. Megapa
jadi begini?

Bila pemimpin tidak mengamalkan cara sunnah yakni yang ditunjukkan oleh Nabi s.a.w. maka
pemimpin beginilah yang menjelma diabad baru ini. Pemimpin yang bermuka-muka. Pemimpin
yang tidak kaliber. Pemimpin yang hanya fikirkan diri sendiri sahaja. Bukannya pemimpin yang
mahu membela rakyat.

Pemimpin sekarang mereka ketepikan maruah, buang jauh-jauh wibawa. Dalam politik kini yang
menjanjikan keuntungan peribadi berupa berbagai bentuk habuan, siapa pedulikan harga diri?
Mungkin itu falsafah (atau falsampah) sesetengah orang politik kita. Bila tiada IMAN didalam diri
maka inilah hasilnya.

Wahai pemimpin politik semua, rakyat kini memerhatikan perangai pemain-pemain politik kita.
Jika contoh pemain-pemain politik ini diambil-kira maka macamana kita nak membentuk pemain-
pemain bolasepak yang berwibawa. Orang politik dok membahaskan pasukan bolasepak
merudum diparlimen. Mereka kata pemain-pemain bolasepak tiada semangat patriotik. Malah
pemain-pemain politik lebih teruk lagi. Mereka main politik macam "katak". Lompat sana,
lompat sini!!! Semangat lain yang mereka terapkan!

Rakyat sekarang sudah bijak. Awas pemimpin politik. Rakyat mahu lihat perubahan para
pemimpin dan ahli politik. Tidak kira dari parti mana dan rakyat sebenarnya sudah kecewa
dengan orang-orang politik yang sudah tidak ada pendirian. Rakyat sudah tidak mahu wakil
yang suka melompat. Maka hentikanlah segera drama lompat-melompat ini. Hormatilah
keputusan pengundi dan rakyat. Adalah sesuatu yang malang apabila pengundi telah
membuat pilihan ikhlas menerusi proses demokrasi,
tiba-tiba mereka yang dipilih pula memperlekeh demokrasi.

Wahai orang-orang politik, "Tepuk Dada Tanya Iman, InsyaAllah". Dirikan solat dua rakaat
dan minta daripada Allah swt akan ilham untuk menjadi pemimpin yang berwibawa dan
berkemah. Ingatlah Allah swt menentukan segalanya. Tiada siapa boleh merubah apa-apa
kecuali dengan izin Allah swt. Jika sesiapa merampas hak orang lain, Allah swt sentiasa
memantau pergerakan kita semua.

Keadilan akan diperolehi bila dikembalikan kepada rakyat. Biar rakyat yang menentukan siapa
yang sepatutnya diamanahkan untuk menjaga kebajikan mereka. BUBARKAN DUN PERAK.
KEMBALIKAN KUASA KEPADA RAKYAT UNTUK MEMILIH PEMIMPIN. Ayuh kita undi sekali lagi.


Tuliskan komen anda kepada DYMM Sultan Perak disini,
http://books.dreambook.com/duli/duli.html

Ayuh semua, tak kira orang politik ke, pemain bolasepak ke, atau kita orang biasa ni, kembali
kepada Allah swt dengan mengikut sunnah Nabi s.a.w.

Anonymous said...

comel la pantun ni...

Biarkan Takdir Bernyanyi

Biarkan Takdir Bernyanyi

Biarkan Aku Tersenyum

Biarkan Aku Tersenyum