Tuesday, January 6, 2009 | By: Yusuf Nur

Cerita Anjing Serigala


image from:
http://www.apfn.org/THEWINDS/2001/11/khazars_intro.html









Serigala itu menggigit
Selepas menyalak ke langit
mengoyak daging manusia
sebelum menjilat darahnya
mewarna bulu-bulu haram dengan merah

Mata itu juga merah
merakam naluri kejam
lahir dari keturunan yang haram
menyalak lagi
sebelum mengoyak lagi daging-daging
yang diratah hidup-hidup
tanpa belas
tanpa hiba
tanpa empati
gembira melihat manusia mati

Serigala menyalak lagi
anjing yang diam terus diam
padahal berlagak di waktu siang
sebagai penjaga ladang
ekor terturun tanda takut
sambil diam-diam mengisi perut
dengan daging sisa serigala
menambah yang sedia terhadam
dalam badan yang haram

Tiba waktu subuh
anjing mula mengangkat dagu
mahu menyalak kepada dunia
tentang kuasa yang masih ada
sumbang salaknya
hanya membantu teriakan serigala
agar semakin kuat
menyiat-nyiat kulit dan daging manusia
di ladang Gaza

(maaf jika bahasaku tak manis)
UMS, 07 Jan 09.

5 comments:

Ampuan Awang said...

Semuanya akan dibalas juga akhinya... Biarkan mereka mengoncang dunia... Balasnya kita serahkan pada-Nya di sana, Insya'allah

Unknown said...

mcm cerita little red robin hood la. serigala mmg serakah..sentiasa dhagakan darah manusia.

nurilhakim said...

Salam ziarah tuan..
Bahasa yang digunakan semanis darah syuhada yang mengalir di bumi Palestin..

Adry said...

Hancur Hancur!! Hancur Yahudi dan Amerika!!!

tajma said...

ramai umat islam ingin menghancurkannya...tetapi pemimpin negara islam takut mempertaruhkan nyawa..cuba buat puisi barrack obama plak..ramai yg kata dia tidaklah sebaik yang disangka

Biarkan Takdir Bernyanyi

Biarkan Takdir Bernyanyi

Biarkan Aku Tersenyum

Biarkan Aku Tersenyum