Syair Cinta..(lirik untuk izerd)
Dengarkanlah lagu yang ku tulis
Di saat-saat aku merenung langit
Memanggil-manggil manisnya senyummu
Buat meneman rinduku
Berbisikku pada angin yang berlalu
Yang kudamba cintamu
Yang ku rindu kasihmu
Genggamlah kata hati ini
Akan kutunggu meski sejuta tahun menanti
Biar ombak bosan menghempas
Dan biar gunung menjadi tandus
Meski aku hanya sebutir pasir
Yang terlindung di balik kelikir
Akan ku cuba utuhkan cinta ini
Biar menjadi mutiara yang indah
Untuk sama-sama kau dan aku jadikan kisah
UMS, Julai 2008; dedikasi buat Rishnahayu Nur Kinas, Logpond. Tawau
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
siapa rishnahayu tu?izert nm smaran dia ke?lgsung x sesuai...hehe
cayalah bro...boleh buat lagu ni...
tu buah hati saya..huhu
izert tu..heliza AF..tapi taktau lg dia nak guna atau tak lirik tu..
Post a Comment