Doa dan Tekadku
Aku tak ingin rebah tak bermakam
Seperti nakhoda yang tenggelam di lautan
Aku tak ingin tersungkur tanpa sujud
Bakal dihangusi panas hitam yang membakar
Khilaf yang terhidu
Kadang-kala menyumbat rongga nafas
Kerana sekeping nyawa yang lemah
Namun di hujung malam
Terbit sinar yang cerah
Tak tertatap pada dengkuran mata-mata yang lena
Segenap kudrat yang tertinggal, jadilah sebatang pelita
Yang mampu menerang di dalam kelam
Dan bersinar menutup gelapnya hati leka
Semoga dengan tangis nasuha
Akan lahir rukuk sujud yang membangkit rasa terhamba
Pada Yang Esa
(UMS, Teluk Sepanggar Jun 2007)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
Sentiasa kita berdoa, bermunajat pa Allah... Isyaallah apa yang kita hajati akan dimakbulkan kelak...AMIN
Post a Comment